Wednesday, September 29, 2010

Permasalahan Dalam Pencerapan Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan.

Pelbagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)


"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)



Kesimpulan:
 Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.



        Dewasa ini, penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan bagaikan satu trend yang diguna pakai oleh segenap lapisan masyarakat.Teknologi maklumat adalah satu medium yang sangat penting dan amat diperlukan kerana ia dapat membatu manusia memudahkan melakukan suatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ini adalah sangat meluas meliputi bidang perniagaan, pembangunaan dan sekarang kerajaan sedang mempergiatkan usaha dalam menumpukan penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar untuk mencari dan mendapatkan maklumat.

     Jika kita lihat, pada masa kini, segenap aspek kehidupan manusia dihimpit dengan komputer dan justeru, penggunaan komputer dalam pendidikan menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan sedang dalam proses transformasi dari zaman indusri ke zaman informasi.Dunia tanpa sempadan, IT (information Technology), ICT (Information and Communication Technology), e, siber, global, dalam talian, rangkaian dan pelbagai istilah lain yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain.

Namun begitu, dalam dunia sibuk untuk mencerapkan pengguanaan teknologi dalam pendidikan, Negara kita masih berada di dalam tahap bertatih dalam mengaplikasikan usaha ini.Terdapat pelbagai kekangan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusanAntaranya:



  • Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih ditahap perlu belajar dan perlu bimbingan dalam untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.


  • Kebanyakan guru enggan mengubahsuai corak pengajarn dan pembelajaran dimana mereka lebih gemar meggunakan cara lama yang hanya tertumpu pada penggunaan buku teks dan papan tulis semata-mata tanpa mahu mencuba alternative lain yang lebih progresif.


  • Terdapat juga guru –guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat yang menyebabkan mereka malas untuk belajar dan mendalami ilmu teknologi maklumat.Merekia menganggap bahawa penggunaan teknologi maklumta bagaikan satu beban besar kepada mereka

  • Sistem penyelenggaraan teknologi maklumat yang tidak cekap, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi menjadi penyumbang kepada masalah yang dihadapi.

Jika dilihat daripada masalah-masalah diatas kebanyakannya adalah berpunca daripada tenaga pendidik itu sendiri.. Berikan pendapat anda tentang masalah yang kian meruncing ini.Wajarkah guru sahaja disalahkan dalam permasalahan ini? Dan berikan cadangan penambahbaikan untuk masalah masalah ini daripada pihak kerajaan,  pelajar, guru dan masyarakat.


No comments:

Post a Comment